Halal dan Toyyiban
Produk-produk keluaran kami telah mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM Malaysia. Tanpa was-was!
Pensijilan MeSTI
Kami bertanggungjawab untuk memastikan produk keluaran kami bersih dan selamat
Barangan Buatan Malaysia
Produk kami adalah buatan lokal keluaran anak tempatan Malaysia. Support lokal!
Menggunakan Stevia
Produk-produk keluaran kami menggunakan pemanis pracampuran stevia dan inulin fiber sebagai alternatif kepada pengambilan gula
APA ITU ROSELLE?
Roselle adalah spesis Bunga Raya yang dipanggil Hibiscus Sabdarifa L. Di Malaysia, Roselle dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Jamaican Sorrel merupakan panggilan roselle di India Barat. Tumbuhan roselle dikatakan berasal daripada India tetapi ada juga yang mengatakan berasal daripada Afrika Barat. Tumbuhan ini diperkenalkan di Malaysia sejak 1990an. Kini terdapat lebih dari 300 spesis tanaman roselle di seluruh dunia.
KHASIAT ROSELLE
Kaliks atau kelopak buah roselle yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu, setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji roselle boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.
TESTIMONI
Dengarkan apa kata mereka!
Hubungi Kami
LOT 15037, JALAN JOHAN SETIA, KAMPUNG JOHAN SETIA, 41200 KLANG, SELANGOR 016-6104563 (Hotline)